Monday, September 28, 2009

CA NUJ Utusan : Mengapa gagal?


Bulan ini, genap setahun dua bulan CA NUJ Utusan tertunggak. Walaupun dah berusaha sedaya mungkin sampai saya sendiri sebagai Pengerusi NUJ Utusan dibuang kerja dan diserang dalam internet, CA masih jugak tak dapat saya nak sign. NUJ Utusan setakat ini dah buat mcm mcm termasuk sujud kepada UMNO untuk minta bantuan tapi segala-galanya nampak sia-sia. Yang jadi masalah CA ialah :



  • Majikan nak limitkan perubatan dan kos bersalin kakitangan

  • Nak bagi 8 peratus kenaikan


Kalau gratuiti dulu, NUJ Utusan mansuhkan dan gantikan dengan tambahan 5 peratus dalam KWSP, mungkin ada ahli yang boleh terima tetapi kali ini majikan nak limitkan kos perubatan daripada unlimited kepada RM30,000 sahaja dan begitu juga kos bersalin, kakitangan hanya dapat 8 peratus dan itu sahaja. That's all bro, kata Nazlan. Kalau dia bagi kenaikan sampai 20 peratus pun, kenaikan itu hanya untuk tiga tahun sahaja tetapi had dalam perubatan dan kos bersalin tue sampai bila-bila pun tak boleh nak ubah sebab NUJ dah sign.


Saya tak nampak apa jua cara sebab kita dah try jumpa pengurusan tertinggi Utusan, UMNO dari peringkat MT kepada Presiden dan Timbalan Presiden namun masih tiada apa kemajuan dalam CA. Satu sahaja cara untuk pertahankan hak ahli dan dapatkan kenaikan lebih 10 peratus iaitu :



  • AHLI NUJ UTUSAN BERSATU DAN BERGERAK BERSAMA KESATUAN DALAM SEMUA AKTIVITI YANG DIRANCANG WALAUPUN BERDEPAN DENGAN RISIKO...kalau perlu piket kita kena piket, kalau perlu slow down operasi, kita slow down operasi dan kalau perlu apa jua, kita semua 300 ahli kena buat TIADA PILIHAN LAIN


ATAU



  • BERSEDIALAH UNTUK MENERIMA HAD PERUBATAN (kalau sakit dan perlu kos lebih RM30,000 kena bayar lebih tue sendiri) dan KOS BERSALIN (lebih RM2,500 bayar sendiri) dan bersyukur dengan 8 peratus kenaikan gaji untuk 3 tahun.


TheStar dan NSTP yang CA pun tertangguh lebih 1 tahun 6 bulan boleh gelak ramai-ramai kat Utusan sebab depa dapat 14 peratus dan 12.5 peratus.


3 comments:

  1. sdr, saya bersimpati apa yang berlaku pada saudara dan NUJ Utusan.

    Saya doakan sdr dapat kembali ke dunia kewartawanan dan berjaya menghadapi dugaan dengan tabah dan sabar.

    Di sini, saya juga ingin memohon jasa baik saudara supaya tidak melabelkan kami dari NSTP `gelak ramai-ramai kat Utusan' sebab kami mendapat kenaikan 12.5 peratus dalam CA yang lalu. Kami turut bersedih di atas nasib yang menimpa rakan kami di Utusan, kami tak gembira dengan apa yang berlaku itu, percayalah.

    spong.HM.

    ReplyDelete
  2. Saudara, penjelasan saudara tidak lengkap sebenarnya, apa yang majikan mahu NUJ-UM terima sebenarnya lebih daripada itu dan dua perkara yang dibentangkan oleh saudara adalah benar iaitu majikan ingin menghadkan faedah perubatan dan menghadkan kos bersalin bagi pekerja-pekerja wanita serta hanya bersedia untuk memberikan pelarasan gaji sebanyak 8 peratus dan dalam hal ini pelajaran sebanyak 8 peratus itu sebenarnya majikan tidak mengalami sebarang kerugian atau terpaksa mengeluarkan kos tambahan kerana penjimatan yang dibuat dalam menghadkan kos perubatan.

    Satu perkara lagi yang tidak difahami oleh saudara dan ahli-ahli NUJ-UM ialah mengenai perkara Kenaikan Tahunan, sekiranya kesatuan menerima tawaran majikan yang zalim ini kenaikkan dari gred ke gred yang selama ini secara automatik tidak akan ada lagi bermakna seseorang ahli akan kekal di gred mereka selama bertahun-tahun tanpa ada sebarang kenaikkan kecuali diluluskan oleh bos-bos, maka kita terpaksa mengampu untuk merasa kenaikkan gred.

    rakan sepejuangan saudara

    ReplyDelete
  3. Kepada spong.HM :
    Saya ucap terima kasih atas simpati anda atas nasib rakan-rakan di Utusan dan saya sendiri cuma berusaha untuk menaikkan semangat ahli-ahli NUJ Utusan agar bertindak bersama exco NUJ dalam perjuangan ini, setakat ini ramai yang masih silent supporter.

    Kepada NUJUM, rakan seperjuanganku :
    Saya terima teguran saudara dengan gembira namun sukar untuk memberi artikel yang terlalu detail sebab risau ahli-ahli kurang faham, saya alu-alukan komen begini semoga ahli-ahli lebih faham tindakan majikan Utusan yang zalim yang segera bangkit untuk membela diri sendiri. Terima kasih saudaraku...

    ReplyDelete