Monday, September 28, 2009

Jangan dok nganga NUJ Utusan


Nga-nga adalah bahasa Melayu loghat Utara yang bermaksud mulut dapat keadaan terbuka atau melopong. Makna yang lebih tepat ialah keadaan seseorang yang hanya tahu menerima sahaja apa yang orang lain cakap tanpa berusaha untuk berfikir dan hidup secara menonong. Berdiam diri di saat org lain memerlukan khidmat anda juga boleh ditakrifkan sebagai nganga.


Dalam konteks nganga, saya ingin beritahu NUJ Utusan, ahli-ahlinya yang seramai 300 org agar jangan dok nganga. Sedarlah bahawa Mr NO (tak boleh sebut pengurusan syarikat nanti dituduh fitnah lagi pulak) cuba untuk mengikis segala hak anda sebagai pekerja yang selama ini menikmati kebajikan yang boleh dikatakan antara terbaik di kalangan syarikat media tempatan.


Dalam CA 2008 - 2011, Mr NO dan sekutu-sekutunya mahu memberikan pelarasan kenaikan gaji 8 peratus dengan kenaikan tersebut dibayar sendiri oleh pekerja. Kenapa saya kata dibayar sendiri ialah syarikat mengurangkan had perubatan dan kos bersalin kakitangan, so penjimatan itu digunakan untuk membayar 8 peratus kenaikan yang diberikan. Jadi jika kita lihat dan fikir sedalamnya, maka kita akan lihat sebenarnya pekerja Utusan ahli NUJ tidak mendapat apa-apa kerana 'membayar sendiri' kenaikan gaji tersebut dengan mengehadkan perubatan dan kos bersalin kakitangan.


Itu belum termasuk cubaan untuk meletakkan skim gaji baru yang tidak akan menaikkan gred gaji kakitangan kecuali ada usaha bersungguh-sungguh di kalangan pekerja untuk ampu, bodek dan jilat bos-bos Jabatan Pengarang. Percayalah, puluhan perkara kebajikan dalam CA NUJ Utusan yang mahu dibuang dan akan dilakukan dari satu penggal ke penggal berikutnya jika trend tunggu & lihat ahli-ahli NUJ terus berlaku.


Dulu Mr NO kata bila gratuiti dibuang maka syarikat dapat berjimat-cermat dan tak perlu bayar berpuluh juta bila kakitangan bersara. Penjimatan ini hanya boneka kerana selepas NUJ Utusan terdahulu buang graduiti, maka untuk menutup mulut pekerja, Mr NO usulkan 14 pegawai atasan Utusan yang kebanyakannya ialah bos-bos Jabatan Pengarang untuk mendapat perks RM2,000 sebulan. Maknanya, gratuiti pekerja terhapus dan yang mendapat manfaatnya ialah pegawai atasan. Di sini kita lihat bagaimana Mr NO mengeksploitasikan konsep berjimat dalam konteks menaikkan nama beliau di mata bos no. 2 Utusan dan membeli bos-bos Jabatan Pengarang agar tunduk kepada kehendaknya.


Di peringkat ini, pekerja Utusan ahli NUJ terus nganga dan berdiam diri, terusnya Mr NO akan semakin ligat dalam usahanya untuk mengurangkan kebajikan pekerja Utusan baik NUJ atau bukan sehingga saya percaya buku CA yang ada dalam masa 15 tahun lagi akan hanya tercatat definisi wartawan, jurugambar dan artis grafik tanpa menggambarkan kehebatan kebajikan ahli-ahli NUJ berkenaan.


Pesan saya, yang telah dibuang dan tidak mendapat apa-apa manfaat daripada CA yang sedang saya perjuangkan ini ialah bersatu, bersama dengan kesatuan dan fahami isu yang ada sekarang kerana anda semua mungkin bersara sebagai pekerja Utusan walaupun banyak khabar angin ramai yang mahu meninggalkan Utusan tapi sapa tau, anda akan berakhir di Utusan sahaja....

1 comment:

  1. salam saudara amran, masih ingat saya lagi tak? saya Humaizi, former Asst Manager ER Utusan, say a tinggalkan Utusan last year, on July 2008.

    Terkejut juga saya mendengar cerita daripada IR officer KL berkenaan dengan pembuangan kerja saudara.

    ReplyDelete