Monday, September 28, 2009

Jangan dok nganga NUJ Utusan


Nga-nga adalah bahasa Melayu loghat Utara yang bermaksud mulut dapat keadaan terbuka atau melopong. Makna yang lebih tepat ialah keadaan seseorang yang hanya tahu menerima sahaja apa yang orang lain cakap tanpa berusaha untuk berfikir dan hidup secara menonong. Berdiam diri di saat org lain memerlukan khidmat anda juga boleh ditakrifkan sebagai nganga.


Dalam konteks nganga, saya ingin beritahu NUJ Utusan, ahli-ahlinya yang seramai 300 org agar jangan dok nganga. Sedarlah bahawa Mr NO (tak boleh sebut pengurusan syarikat nanti dituduh fitnah lagi pulak) cuba untuk mengikis segala hak anda sebagai pekerja yang selama ini menikmati kebajikan yang boleh dikatakan antara terbaik di kalangan syarikat media tempatan.


Dalam CA 2008 - 2011, Mr NO dan sekutu-sekutunya mahu memberikan pelarasan kenaikan gaji 8 peratus dengan kenaikan tersebut dibayar sendiri oleh pekerja. Kenapa saya kata dibayar sendiri ialah syarikat mengurangkan had perubatan dan kos bersalin kakitangan, so penjimatan itu digunakan untuk membayar 8 peratus kenaikan yang diberikan. Jadi jika kita lihat dan fikir sedalamnya, maka kita akan lihat sebenarnya pekerja Utusan ahli NUJ tidak mendapat apa-apa kerana 'membayar sendiri' kenaikan gaji tersebut dengan mengehadkan perubatan dan kos bersalin kakitangan.


Itu belum termasuk cubaan untuk meletakkan skim gaji baru yang tidak akan menaikkan gred gaji kakitangan kecuali ada usaha bersungguh-sungguh di kalangan pekerja untuk ampu, bodek dan jilat bos-bos Jabatan Pengarang. Percayalah, puluhan perkara kebajikan dalam CA NUJ Utusan yang mahu dibuang dan akan dilakukan dari satu penggal ke penggal berikutnya jika trend tunggu & lihat ahli-ahli NUJ terus berlaku.


Dulu Mr NO kata bila gratuiti dibuang maka syarikat dapat berjimat-cermat dan tak perlu bayar berpuluh juta bila kakitangan bersara. Penjimatan ini hanya boneka kerana selepas NUJ Utusan terdahulu buang graduiti, maka untuk menutup mulut pekerja, Mr NO usulkan 14 pegawai atasan Utusan yang kebanyakannya ialah bos-bos Jabatan Pengarang untuk mendapat perks RM2,000 sebulan. Maknanya, gratuiti pekerja terhapus dan yang mendapat manfaatnya ialah pegawai atasan. Di sini kita lihat bagaimana Mr NO mengeksploitasikan konsep berjimat dalam konteks menaikkan nama beliau di mata bos no. 2 Utusan dan membeli bos-bos Jabatan Pengarang agar tunduk kepada kehendaknya.


Di peringkat ini, pekerja Utusan ahli NUJ terus nganga dan berdiam diri, terusnya Mr NO akan semakin ligat dalam usahanya untuk mengurangkan kebajikan pekerja Utusan baik NUJ atau bukan sehingga saya percaya buku CA yang ada dalam masa 15 tahun lagi akan hanya tercatat definisi wartawan, jurugambar dan artis grafik tanpa menggambarkan kehebatan kebajikan ahli-ahli NUJ berkenaan.


Pesan saya, yang telah dibuang dan tidak mendapat apa-apa manfaat daripada CA yang sedang saya perjuangkan ini ialah bersatu, bersama dengan kesatuan dan fahami isu yang ada sekarang kerana anda semua mungkin bersara sebagai pekerja Utusan walaupun banyak khabar angin ramai yang mahu meninggalkan Utusan tapi sapa tau, anda akan berakhir di Utusan sahaja....

Nilai Satu Perjuangan


Oleh http://malaysia-instinct.com
Sudah agak lama penulis teringin menulis mengenai perkara ini dengan merujuk kepada satu kes yang khusus.
Ia mengenai kisah perjuangan pemimpin kesatuan yang masih muda di syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad, iaitu syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Pengerusi National Union Of Journalist (NUJ) Utusan, Amran Ahmad, diberhentikan daripada tugasnya berkuat-kuasa serta merta.
Betapa zalimnya tindakan segelintir pentadbir di syarikat itu membuang kerja Pengerusi NUJ berkenaan kerana ia dilakukan dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.
Kalau sudah terlalu lama bergelumang dengan rezeki yang tidak diketahui puncanya menyebabkan orang seperti GED syarikat itu, Nasir Ali menjadi buta erti kemuliaan dalam Islam.
Begitu terdesak Nasir Ali dan beberapa kawan-kawannya untuk membuang Amran sehinggakan ia dilakukan tanpa ada pertimbangan kemanusiaan langsung.
Apa yang menyebabkan juak-juak Utusan Melayu itu begitu ketakutan hingga sanggup mengunakan apa sahaja alasan untuk membuang pempinan kesatuan mereka?
Alasannya yang digunakan mudah sahaja, Amran dikatakan telah merosakkan 'nama baik' syarikat apabila membuat kenyataan kepada Malaysiakini.com selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai pembelian sebuah tiang gol pada nilai RM160, 000.
Namun, masuk akalkah harga itu?
Bimbang dan gelabah kuda dengan keberanian dan tindakan radikal seorang pemimpin kesatuan (pemimpin sebelum ini ramai yang menjual rakan-rakan sahaja di Utusan Melayu), maka juak-juak tertentu mengambil tindakan luar duga.
Walaupun mengadakan siasatan dalaman (DI), maklumat yang diterima penulis mengenai perjalanan siasatan itu agak menggangu fikiran.
Antaranya ialah syarikat mendakwa saudara Amran membuat kenyataan kepada Malaysiakini.com sebagai wartawan gred 4, sedangkan dengan begitu terang dan nyata disebutkan Amran selaku Pengerusi NUJ.
Amran pula hanya meminta SPRM menyiasat dakwaan itu, bagaimana ia dikira satu penghinaan?
Lebih menarik ialah semasa DI, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Makaruddin memberitahu, apa yang dibuat Amran itu tidak salah, cuma tidak sepatutnya dilakukan.
Bayangkan, orang no 1 syarikat, seorang Pengerusi Eksekutif iaitu pengerusi yang berkuasa, bukannya pengerusi yang bertindak sebagai patung, sendiri menyatakan saudara Amran tidak melakukan salah.
Jadi apa kesnya? Bukankah dakwaan lemah itu sudah sepatutnya ditamatkan selepas kenyataan pengerusi berkenaan.
Tetapi tidak, DI tetap diteruskan dan selepas 4 pertemuan, kesalahan diputuskan dalam masa setengah jam sahaja.
Tempoh masa diambil bagi memutuskan bersalah bermakna DI yang dijalankan telah diaturkan sebagai satu drama bersiri yang tujuan sebenarnya untuk membuang saudara Amran.
Mengapa begitu terdesak? Tidakkah ia layak dipersoalkan.
Utusan memiliki pengiklan yang begitu ramai, tetapi saban tahun mengumumkan ia rugi.
Apa yang sedang berlaku dalam institusi yang menjaga kepentingan Melayu di negara ini?
Kerana satu atau manusia rakus di syarikat itu, ratusan pekerjanya menderita kini.
Sayangnya ia amat sekali mencemar nama Utusan dan lebih malang, nama baik UMNO sebagai pemegang saham utama syarikat itu juga terpalit dalam isu ini.
Selama ini UMNO banyak membantu Utusan cuma masalahnya bantuan diberikan tanpa ada seliaan yang banyak, akibatnya pendapatan syarikat mengalir ke tangan-tangan tertentu sahaja di syarikat berkenaan.
Pekerjanya menderita. Datang seorang pemimpin kesatuan yang berani, juak-juak tertentu menjadi gelabah kuda dan sanggup membuat apa sahaja untuk menyelamatkan diri sendiri.
Kebimbangan yang melanda menyebabkan mereka melakukan perkara yang zalim.
Mereka ini sebenarnya sedang memusnahkan Utusan dan menjatuhkan nama baik UMNO.
Lebih menyakitkan hati ialah SPRM sehingga kini tidak menyiasat pun laporan Amran itu.
Itu satu lagi hal...kenapa tidak mahu siasat?
Apa pun, itulah perjuangan yang perlu dibayar saudara Amran dalam menyelamatkan Utusan.
Pelbagai label negatif diberikan kepada dirinya dan kemudian dia dibuang kerja dalam bulan puasa.
Terlintas di fikiran penulis, apakah dua anak yang masih kecil memakai baju baru raya ni?
Apakah ibunya yang tua boleh menerima apa yang berlaku?
Apakah raya aidilfitri ada makna untuk keluarganya tahun ini?
Mungkin kita boleh bergembira, tetapi ada insan yang menjawab untuk satu nilai perjuangan

CA NUJ Utusan : Mengapa gagal?


Bulan ini, genap setahun dua bulan CA NUJ Utusan tertunggak. Walaupun dah berusaha sedaya mungkin sampai saya sendiri sebagai Pengerusi NUJ Utusan dibuang kerja dan diserang dalam internet, CA masih jugak tak dapat saya nak sign. NUJ Utusan setakat ini dah buat mcm mcm termasuk sujud kepada UMNO untuk minta bantuan tapi segala-galanya nampak sia-sia. Yang jadi masalah CA ialah :



  • Majikan nak limitkan perubatan dan kos bersalin kakitangan

  • Nak bagi 8 peratus kenaikan


Kalau gratuiti dulu, NUJ Utusan mansuhkan dan gantikan dengan tambahan 5 peratus dalam KWSP, mungkin ada ahli yang boleh terima tetapi kali ini majikan nak limitkan kos perubatan daripada unlimited kepada RM30,000 sahaja dan begitu juga kos bersalin, kakitangan hanya dapat 8 peratus dan itu sahaja. That's all bro, kata Nazlan. Kalau dia bagi kenaikan sampai 20 peratus pun, kenaikan itu hanya untuk tiga tahun sahaja tetapi had dalam perubatan dan kos bersalin tue sampai bila-bila pun tak boleh nak ubah sebab NUJ dah sign.


Saya tak nampak apa jua cara sebab kita dah try jumpa pengurusan tertinggi Utusan, UMNO dari peringkat MT kepada Presiden dan Timbalan Presiden namun masih tiada apa kemajuan dalam CA. Satu sahaja cara untuk pertahankan hak ahli dan dapatkan kenaikan lebih 10 peratus iaitu :



  • AHLI NUJ UTUSAN BERSATU DAN BERGERAK BERSAMA KESATUAN DALAM SEMUA AKTIVITI YANG DIRANCANG WALAUPUN BERDEPAN DENGAN RISIKO...kalau perlu piket kita kena piket, kalau perlu slow down operasi, kita slow down operasi dan kalau perlu apa jua, kita semua 300 ahli kena buat TIADA PILIHAN LAIN


ATAU



  • BERSEDIALAH UNTUK MENERIMA HAD PERUBATAN (kalau sakit dan perlu kos lebih RM30,000 kena bayar lebih tue sendiri) dan KOS BERSALIN (lebih RM2,500 bayar sendiri) dan bersyukur dengan 8 peratus kenaikan gaji untuk 3 tahun.


TheStar dan NSTP yang CA pun tertangguh lebih 1 tahun 6 bulan boleh gelak ramai-ramai kat Utusan sebab depa dapat 14 peratus dan 12.5 peratus.


Saturday, September 26, 2009

Automotif dan aku




Sebenarnya aku bukanlah peminat kereta yang giler-giler, keretaku yang dibeli hanya Perodua Kembara second-hand yang telahpun berusia 11 tahun...tapi aku punya pengalaman yang luas dalam test-drive banyak kereta...kebanyakannya dari model Kia, Peugeot dan Brabus...bukan setakat di Malaysia, aku pergi buat test-drive sampai Spain dan Paris lah...tapi kalau org tanya aku, kereta apa yang paling mahal aku pernah pandu ialah Ferrari model F430 yang berharga RM1.3 juta...pandu sampai 220 km/sejam pun selamba...this machine what i called the car

Kini ianya menjadi sejarah







Pengalaman menjadi wartawan selama 8 tahun 2 bulan benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam diriku...walaupun ketika mula bekerja pada 2 Julai 2001 merasakan saya tidak akan lama dalam bidang ini kerana memiliki Diploma LCCI dan Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa, tiada kena mengena langsung dengan bidang kewartawanan. Namun pengalaman berharga ini banyak membuka mata ku menerusi interbiu dan tugasan bersama banyak nama besar antaranya PM Datuk Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, menteri-menteri UMNO selain Lim Kit Siang dan Karpal Singah. Tokoh korporat pula antaranya Tan Sri SM Nasimuddin, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Seri Zeti, Prof Arif MIER, Datuk Nazir Razak CIMB, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan banyak lagi. Pada masa yang sama, saya juga memenangi banyak anugerah sehingga keluar story kat Utusan Malaysia lah. Dalam tempoh itu, saya juga berjalan ke serata dunia termasuk England, Paris di Perancis dan Seville, Sepanyol selain kesemua negara Asean. 8 tahun bukan jangka masa yang panjang untuk seseorang wartawan namun harganya tidak ternilai buat diriku ketika usia mencecah awal 30-an.....

Fenomena Ahmad Nor


Keistimewaan buku ini :



  • Buku biografi dari seorang anak kepada ayahnya.

  • Menjadi dokumen sejarah perjuangan seorang pemimpin kesatuan sekerja.

  • Rujukan mana-mana individu yang mahu bergelar ahli politik.


Raya tetap raya...keluargaku


Selalunya saya akan pulang ke Utara bersama keluarga untuk berhari raya dan menziarahi pusara arwah abah NAMUN atas beberapa sebab termasuk jimat-cermat setelah dibuang secara zalim oleh Utusan Melayu...saya membuat keputusan untuk berhari raya di rumah kakak sahaja....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Friday, September 25, 2009

Raya tetap Raya

Selalunya saya akan pulang ke Utara bersama keluarga untuk berhari raya dan menziarahi pusara arwah abah NAMUN atas beberapa sebab termasuk jimat-cermat setelah dibuang secara zalim oleh Utusan Melayu...saya membuat keputusan untuk berhari raya di rumah kakak sahaja....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Perjuangan harus diteruskan...walau apa jua

Walaupun dipecat sebagai wartawan Utusan Malaysia awal bulan ini, pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu (M) Bhd tetap bersemangat melobi Umno agar membantu menyegerakan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.
Sempena mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, Amran Ahmad bersama empat lagi ahli exco kesatuan itu menyerahkan surat memohon campur tangan parti itu yang memiliki syarikat akhbar berpengaruh itu.Bermula jam 2.30 sehingga 3.30 petang tadi, NUJ Utusan berjaya menyerahkan kira-kira 15 pucuk surat kepada ahli-ahli MT.
Pemimpin Umno yang ditemui antaranya Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan anggota majlis itu Datuk Noh Omar, yang juga seorang menteri.Amran turut mengambil peluang dalam pertemuannya dengan anggota-anggota MT tersebut untuk mengadu nasibnya susulan pemecatan berkenaan.
Amran dipecat serta-merta 3 September lalu selepas siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati wartawan meja jenayah itu bersalah menfitnah syarikat susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau didapati bersalah 20 Ogos lalu atas beberapa pertuduhan mencemarkan reputasi syarikat susulan tindakannya membangkitkan isu perbelanjaan syarikat kepada suruhanjaya tersebut.
Pertuduhan terhadapnya disandarkan pada kenyataannya selepas ke SPRM seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily, April lalu.NUJ Utusan masih lagi bergelut untuk mematerai CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA sebelumnya.Bagaimanapun perjuangan mereka untuk mendapatkan tuntutan CA itu masih gagal walaupun perjanjian lama telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.
Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.
Sementara itu, pemecatan Amran juga menimbulkan perasaan tidak buat hati sekumpulan penyokongnya, antaranya dengan melancarkan kempen mendapatkan sokongan di internet dan menggantung kain rentang mengkritik keputusan majikannya.Kira-kira jam 3.30 petang semalam, dua kain rentang besar digantung berdekatan ibu pejabat syarikat tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur yang mengecam pengurusan akhbar itu, termasuk mendakwa "mahu CA tertangguh lebih lama".
Bagaimanapun, difahamkan, hampir tiga jam digantung, dua kain rentang kira-kira lima meter telah diturunkan.
Gambar tersebut turut dimuatkan kembali di kumpulan maya "Keadilan Untuk Amran... Selamatkan Utusan!" dalam laman jaringan sosial Facebook - kini dengan keahlian seramai hampir seratus orang.Kumpulan maya itu bertujuan “mencari sokongan seberapa ramai ahli NUJ, ahli politik tanpa mengira parti.

Ketua NUJ Utusan dibuang kerja

Pemimpin kesatuan wartawan Utusan Melayu (M) Bhd dipecat serta-merta hari ini selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Amran Ahmad, pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan syarikat itu, didapati bersalah 20 Ogos lalu atas beberapa pertuduhan mencemarkan reputasi syarikat susulan tindakannya membangkitkan perbelanjaan kepada suruhanjaya tersebut.
Pertuduhan terhadapnya disandarkan pada kenyataannya selepas ke SPRM seperti dilaporkan Malaysiakini pada Jun lepas dan juga Harakahdaily, April lalu.Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro sebanyak RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.
Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" sebanyak RM160,000.
Dalam surat pemecatan yang ditandatangani pengurus besar syarikat itu, Nazlan Othman, Amran dilucutkan jawatan sebagai wartawan Utusan Malaysia berkuatkuasa 3 September.
Difahamkan, wartawan meja jenayah itu dibenarkan merayu dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat berkenaan.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Amran berkata, beliau belum memutuskan tindakan lanjut, sama ada untuk mengemukakan rayuan atau tidak.Selepas diputuskan bersalah, Amran bertegas tidak membuat sebarang rayuan kerana masih beranggapan dirinya tidak bersalah.
Beliau, yang berhasrat memanjangkan tindakan majikannya itu kepada Mahkamah Perusahaan, juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya.
Keputusan terhadapnya dihakimi tiga panel, diketuai Pengurus Besar Kumpulan Utusan, Adi Satria Ahmad.
Sepanjang prosiding tindakan tatatertib itu, Amran diwakili dua ahli majlis eksekutif kesatuan tersebut, Hata Wahari dan Hayat Suett.
Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Keadilan Untuk Amran...Selamatkan Utusan!!! -

To all friends : Please join my struggle to uplift living quality of small Malaysians by joining this group - Keadilan Untuk Amran...Selamatkan Utusan!!! -