Saturday, December 8, 2012
Kes lawan Utusan : Debaran Isnin & Selasa ini.......
Masuk bulan ini, genaplah 3 tahun 3 bulan saya dibuang kerja dari Utusan Melayu (M) Bhd setelah didapati 'bersalah' menfitnah syarikat menerusi artikel di portal Malaysiakini dan Harakahdaily yang berkisar mengenai tindakan NUJ dengan saya sebagai pengerusi kesatuan itu, membuat laporan kepada SPRM pada tahun 2009. Saya kena buang kerja tapi pelik sebab Utusan tak nak pulak saman dua portal tersebut sebab 'fitnah' akhbar itu.
Seterusnya, saya mengangkat tindakan yang kejam lagi zalim yang diambil oleh bekas majikan saya itu ke perhatian Jabatan Perhubungan Industri yang kemudiannya mendapat perkenan oleh Menteri Sumber Manusia untuk membiarkan Mahkamah Perusahaan Malaysia menentukan keadilan sewajarnya buat diri saya dan bekas majikan itu.
Dan kini, setelah tertangguhnya 2 perbicaraan di mahkamah tersebut iaitu pada bulan Oktober 2011 dan Mei 2012 atas alasan-alasan yang sangat 'munasabah', mahkamah berkenaan akan bersidang semula untuk kes ini pada 10 & 11 Disember ini iaitu Isnin dan Selasa depan untuk membicarakan kes pembuangan kerja saya sebagai wartawan Utusan Melayu (M) Bhd. pada 2009.
Dengan Nombor Kes : 23(9)/4-1143/10, perbicaraan akan dijalankan di Court 23, Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur mulai jam 9 pagi dengan saya akan diwakili oleh peguam A. Sivanesan.
Dengan bakal berdepan pengalaman baru dibicarakan di Mahkamah Perusahaan setelah lebih 3 tahun menunggu, saya berdoa dan berharap agar segalanya-gala akan berjalan dengan lancar.........insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
good luck amran ..
ReplyDelete