Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah pengalaman mendapat status DIBUANG KERJA serta-merta semasa saya bertugas di Utusan Melayu (M) Bhd. Hari ini genap 3 bulan saya dibuang kerja kerana didapati bersalah dalam DI syarikat atas tuduhan menfitnah pengurusan syarikat dalam laporan MalaysiaKini dan HarakahDaily.
Ekoran status dibuang kerja, setakat ini, saya telah menghadiri 3 temuduga kerja dan semuanya gagal setelah pihak syarikat berkenaan mengetahui saya ini bukan meletakkan jawatan tetapi dibuang kerja. Secara logiknya, mana-mana majikan takut untuk mengambil pekerja yang pernah dibuang kerja kerana status itu secara langsung memberikan kesan negatif atau persepsi serong seolah-oleh pernah melakukan salah laku yang serius.
3 temuduga tersebut belum mengambil kira puluhan surat yang telah dihantar memohon pekerjaan. Namun syukur Allah Taala, rezeki itu ada kerana saya masih boleh survive dengan mendapat job-job kecil freelance seperti mengambil upah menulis, mengarang serta menguruskan PR untuk sebuah koperasi. Walaupun pendapatan itu tidak selumayan seperti bekerja di Utusan dahulu namun dapat juga dijadikan sebagai tambahan untuk perbelanjaan hidup dan keluarga.
Isteri saya yang memahami turut mula menjalankan bisnes menjual kek coklat dan ini setidak-tidaknya mengurangkan bebanan kewangan yang berlaku apabila saya dibuang kerja. Nasib agak baik kerana jualan kek ini agak laris dengan pertolongan kawan-kawan NUJ dan Utusan yang kebanyakannya membeli demi membantu saya. Terima kasih semua.
Assalamualaikum bro.
ReplyDeleteSaya sedih dengan apa yang berlaku pada saudara ini. Namun saya berharap saudara dapat bersabar menghadapi ujian dari ALLAH ini.
Saya doakan agar saudara terus diberikan hidayah dan pertolongan dari ALLAH.
Salam Persaudaraan