Saturday, September 25, 2010

Former NUJ chief alleges move to sack new president

As published @ http://www.themalaysianinsider.comBy Adib Zalkapli
September 23, 2010KUALA LUMPUR, Sept 23 — Sacked Utusan Malaysia journalist Amran Ahmad claimed today that National Union of Journalists president Hata Wahari could suffer a similar fate as the publication has been attempting to link him with the opposition.Amran, who was the chairman of NUJ-Utusan Melayu before his dismissal, said he was also accused of being a DAP supporter while serving as a reporter with the Umno-owned daily.“NUJ has never been a supporter of any political party. When I was there they accused me being a DAP agent, because my father was a DAP MP,” said Amran whose father, the late Ahmad Noor, served as DAP MP in early 1990s.“I think the same thing is going to happen to Hata, now they are trying to make him look like an opposition supporter,” he told The Malaysian Insider.Amran was sacked in September last year following a report he made to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over procurements made by Utusan Melayu Berhad, the company that publishes Utusan Malaysia.“It is not right to accuse Hata of being partisan, even if Pakatan (Rakyat) takes over and they try to control the media, I am sure NUJ would oppose the move too,” said Amran. In a report yesterday, Utusan Malaysia quoted Perkasa supreme council Zahid Md Arif who described Hata as being pro-opposition.Today, the daily carried a statement by the president of Utusan Melayu Veterans Club Datuk Raja Ahmad Niza Ismail, who called on Hata to resign for making statements inconsistent with Utusan’s principles.Hata had, in a statement early this week, attempted to distance the Malay daily’s reporters in disputes between Utusan and political leaders from Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR).The NUJ president claimed that the union regretted what he called partisan reporting, saying that it did not benefit the Malay daily, its reporters or journalism, in a thinly-veiled reference to Utusan’s attack on Minister in the Prime Minister’s department Datuk Seri Nazri Aziz over his critique of Malay rights group Perkasa.Today, Hata said he was willing to face any action arising from his statement as NUJ chief.“There is a possibility, because they have the power. But if I have to face any action for defending press freedom, so be it,” he told The Malaysian Insider.Hata explained that his statement was not meant to undermine Utusan Malaysia but to defend the union’s members who chose to remain neutral.He also dismissed Raja Ahmad Niza’s call for him to resign.“As NUJ president, I am glad that he is no longer part of Utusan,” said Hata.“Only those who are politically impartial, uphold journalistic ethics, should remain in Utusan,” he added.NUJ represents some 1,300 members from eight media organisations

Thursday, September 23, 2010

Angan-angan kebebasan akhbar

*Seperti yang disiarkan @ http://www.merdekareview.com

Saya merasa terpanggil untuk menulis artikel ini setelah terbaca salah satu ulasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz dalam percakaran beliau dengan Awang Selamat dari Utusan Malaysia yang dalam persoalan siapa bos mereka, sama ada Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN), bekas Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan sebagainya.

Saya amat tertarik dengan "rahsia terbuka" yang diperkatakan oleh Nazri mengenai Utusan Malaysia milik UMNO dan The Star milik MCA yang sepatutnya memperjuangkan agenda dan propaganda parti-parti yang memiliki akhbar-akhbar arus perdana ini tanpa perlu menyebut lidah rasmi parti-parti politik lain seperti Suara Keadilan milik PKR, Harakah milik PAS mahupun Roket oleh DAP yang menjadi alat propaganda parti masing-masing.

Saban hari, dalam membicarakan mengenai kebebasan akhbar, kita sering mendengar pelbagai pihak terutama Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia yang tidak dapat tidak menyentuh mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang digesa agar dipinda, supaya penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana.

Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, selain asyik mengeluarkan kenyataan berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, saya merasakan keperluan untuk kita melihat asas permasalahan yang sering diperdebatkan oleh banyak pihak terutama di kalangan pemimpin pembangkang yang mahukan lebih keterbukaan dalam erti kata turut menyiarkan berita-berita positif atau penjelasan dari mereka, bukan sekadar berita negatif sahaja.

BN pula pada masa yang sama menggunakan akhbar-akhbar arus perdana milik UMNO, MCA dan MIC untuk menerangkan agenda negara dan politik, merasionalkan segala tindakan yang diambil selain pada setiap masa cuba untuk memainkan isu-isu semasa bagi melemahkan lawan mereka.

Selain akta, soal pemilikan media...

Untuk bersikap realistik dalam soal kebebasan media di negara ini, kita perlu menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan.

Justeru, untuk merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat "atas pagar", kita harus cuba untuk memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana.

Urusan penjualan tersebut menjadi lebih mudah kerana kebanyakan syarikat-syarikat penerbit akhbar arus perdana disenaraikan di Bursa Malaysia dan aktiviti penjualan dan pembelian saham boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut segala prosedur dan langkah-langkah tertentu oleh Bursa Malaysia.

Untuk membolehkan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai perikatan itu, BN boleh menerbitkan akhbar sebagai lidah rasmi parti itu seperti yang dilakukan oleh PKR, PAS dan DAP selama ini dan dijual kepada ahli-ahli sahaja dengan pelaksanaan penguatkuasaan yang cukup baik ke atas semua akhbar parti-parti politik tempatan bagi memastikan hanya ahli-ahli sahaja dapat melanggannya dan bukan terbuka untuk belian oleh sesiapa sahaja seperti akhbar-akhbar arus perdana.

Mogok pada tahun 1961

Dalam saranan penuh realistik ini, adalah baiknya juga jika kita mengimbau kisah mogok Utusan Melayu tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kanan) yang secara jelas menunjukkan masyarakat negara ini terutama Melayu juga tidak mahu akhbar keramat yang lahir dari derma petani dan pesawah dan sumbangan gelang emas untuk digadai semata-mata demi meniupkan semangat kebangsaan menentang penjajah itu dikuasai oleh mana-mana parti politik.

Mogok selama berminggu-minggu itu jelas menunjukkan bahawa campur tangan parti politik dalam mana-mana akhbar arus perdana sememangnya tidak disukai oleh golongan wartawan sendiri sejak tahun 1960-an apatah lagi masyarakat luar yang menuntut keseimbangan dan keterbukaan dalam aspek pemberitaan dalam hal-ehwal negara terutama berkaitan politik dan ekonomi serta hak asasi sejagat.

Pada masa yang sama, saya juga berharap Pakatan Rakyat yang kini sedang ghairah untuk memacu ke Putrajaya agar tidak menyimpan hasrat untuk menguasai mana-mana akhbar arus perdana sekiranya rezeki berpihak ke sebelah anda pada pilihanraya umum ke-13 atau 14, manakala BN yang menjadi pemerintah semasa disarankan untuk membebaskan semua akhbar arus perdana kerana tidak lagi menjadi medium tunggal untuk mendapatkan berita.
Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat bahawa bos akhbar-akhbar arus perdana ialah rakyat Malaysia kerana mereka membeli bukan untuk mendengar propaganda politik, tetapi untuk mendapatkan berita mutakhir perkembangan politik semasa, hiburan, luar negara, sukan dan sebagainya dalam corak penulisan berimbang, telus, terbuka dan sahih. Hanya kuasa rakyat yang berhak untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah akhbar.

*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu

Thursday, August 12, 2010

Salahkah saya cuma nak bantu orang Melayu?


Seperi yang disiarkan oleh http://merdekareview.com/

Saya bukan pejuang yang hebat, bukan juga pemimpin kesatuan sekerja yang masyhur, saya cuma pernah mencurahkan bakti dalam sebuah kesatuan sekerja bernama Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia dengan jawatan Timbalan Setiausaha Agung dan juga Pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu (M) Bhd. yang menaungi lebih 300 ahli- ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang bekerja untuk akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu dan Kosmo!

Sebagai Pengerusi NUJ Utusan Melayu, saya (Amran Ahmad, gambar kanan) diberikan amanah oleh Majlis Eksekutif kesatuan, barisan exco dan ahli-ahli untuk membela nasib mereka dengan mempertahankan hak-hak pekerja sedia ada di samping mencari formula ke arah memeterai perjanjian bersama (CA) yang akan menjurus kepada kenaikan gaji, elaun kenderaan serta penambah-baikan beberapa faedah lain untuk kakitangan Kumpulan Utusan.

Pada asasnya, perjuangan NUJ Utusan Melayu adalah sangat ringkas untuk difahami: mempertahankan hak-hak sedia ada sambil memperjuangkan beberapa perkara agar sejajar dengan NUJ cawangan lain di negara ini. Mempertahankan hak-hak sedia ada seperti kos perubatan pekerja, kenaikan gred automatik, kos bersalin pekerja dan lain-lain hak kebajikan yang terbaik di kalangan syarikat-syarikat tempatan.

NUJ Utusan Melayu sangat bertuah kerana banyak hak-hak kebajikan yang dinikmati ini tidak boleh ditandingi oleh mana-mana syarikat termasuk dalam bidang penerbitan atau penyiaran tempatan.

Perjuangan NUJ

Perjuangan pula adalah melibatkan beberapa perkara yang bersifat kontemporari dan berubah mengikut masa seperti kenaikan tahunan yang diputuskan untuk tempoh dua tahun sekali dalam CA, elaun kenderaan serta tuntutan perbatuan dan beberapa elaun lain yang menerima kesan kenaikan di persekitaran tempatan.

Bagi saya, perjuangan ini lebih kepada membantu orang Melayu yang menjadi kawan, rakan sekerja dan mereka yang saya lihat dan jumpa setiap hari kerana rata-rata lebih 95% daripada warga Utusan Melayu ialah orang Melayu yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, kelas sosial dan keturunan.

Dalam perjuangan ini, saya "tersadong" di pertengahan jalan apabila dibuang kerja sebagai wartawan Utusan Melayu (M) Bhd. setelah didapati bersalah atas pertuduhan menfitnah syarikat berdasarkan laporan berkenaan kesatuan yang disiarkan oleh portal berita, Malaysiakini.com dan harakahdaily.net.

Dibuang kerja atas tuduhan fitnah syarikat

Sedikit latar belakang, kedua-dua portal berita itu menyiarkan usaha NUJ Utusan Melayu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta badan tersebut menyiasat invois pembelian tiang gol milik syarikat yang bernilai sekitar RM160,000 dengan aduan tersebut dibuat atas bukti-bukti yang serba lengkap dan sahih.

Apa yang pasti, keputusan untuk ke SPRM itu adalah atas persetujuan dan mandat yang diberikan oleh barisan exco dan saya selaku Pengerusi NUJ Utusan diberikan amanah untuk mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan berkenaan dan oleh kerana nama saya disebutkan dalam artikel-artikel berkenaan, maka saya didapati menfitnah syarikat dan seterusnya dibuang kerja.

Di sini juga saya menjadi lebih keliru kenapa saya dibuang kerja sebagai wartawan sedangkan artikel-artikel itu tidak langsung menyebut saya sebagai wartawan yang membuat laporan SPRM sebaliknya dipetik sebagai Pengerusi NUJ Utusan Melayu. Lagipun, siapa lagi kalau bukan sesebuah kesatuan yang sepatutnya meminta pihak berkuasa menyiasat sekiranya wujudnya kesangsian dalam pengurusan kewangan syarikat yang boleh memberi kesan langsung dalam soal kenaikan gaji dan masa depan syarikat sebagai periuk nasi kepada ribuan kakitangannya.

Atas kewajaran ini, saya menfailkan kes saya di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bagi mencari keadilan di atas tragedi yang menimpa saya dan kesannya ke atas pemimpin kesatuan sekerja masa depan dalam mendepani segala tindakan yang boleh diambil ke atas pemimpin kesatuan sekerja ekoran tindak-tanduk dalam perjuangannya.

Penghargaan saya kepada barisan exco NUJ

Hari ini, NUJ Utusan Melayu sudah mempunyai barisan pemimpinan yang baru dan saya berharap dan menadah tangan berdoa agar segala hak dan kepentingan ahli-ahli kesatuan terus terpelihara dan semoga CA yang dimeterai nanti akan memberikan nikmat baru dalam kehidupan warga Utusan yang rata-ratanya orang Melayu yang menjadi kepala keluarga bagi ratusan keluarga masyarakat Melayu.

Menceritakan pengalaman dibuang kerja, saya ingin melahirkan penghargaan kepada barisan exco NUJ Malaysia dan NUJ Utusan Melayu yang tidak mengiktiraf keputusan syarikat membuang kerja dan masih mengiktiraf saya sebagai Timbalan Setiausaha Agung NUJ Malaysia dan Pengerusi NUJ Utusan Melayu sekalipun kerjaya saya sebagai wartawan telah dimusnahkan.

Pada masa yang sama, barisan exco turut memberikan sokongan moral dan menghulurkan bantuan ketika saya dibuang kerja di ambang menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Apa yang lebih "menderitakan" ialah kehilangan atau penurunan potensi dan peluang untuk mendapat pekerjaan baru walaupun telah menghadiri lebih enam temuduga dan menghantar puluhan surat permohonan pekerjaan di banyak syarikat sama ada media atau perhubungan awam dan sebagainya bukan sahaja kerana rujukan individu yang perlu disertakan malah berita saya dibuang kerja yang tersebar meluas di internet.

Ketika ini, saya masih tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas hampir setahun menganggur setelah dibuang kerja dalam bulan Ramadhan yang lalu dan kedatangan Ramadhan tahun ini sedikit sebanyak mengimbau semula kenangan tragedi serta dugaan terbesar dalam hidup saya setelah dibuang kerja serta-merta kira-kira setahun yang lalu walaupun hampir 10 tahun memerah keringat sebagai wartawan.

Menurut pegawai Perhubungan Industri (IR) di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya yang mengendalikan kes pembuangan pekerjaan saya di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pihaknya kini sedang menunggu kata putus dari menteri terbabit sama ada kes saya ini akan ke Mahkamah Perusahaan atau dibuang sahaja.

Pada masa ini, saya cuma mampu berdoa agar saya mendapat keadilan sewajarnya dengan menadah tangan meminta agar Allah Taala membuka pintu hati Menteri Sumber Manusia, S. Subramaniam untuk mengarahkan kes ini diadili di Mahkamah Perusahaan bagi menentukan sama ada tindakan buang kerja ke atas saya ini adalah sah di sisi undang-undang ataupun tidak.

*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu

Wednesday, June 16, 2010

Perjuangan NUJ belum selesai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan NUJ Utusan Melayu,

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada NUJ cawangan Utusan Melayu kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan terakhir sebagai Pengerusi NUJ Utusan Melayu penggal 2008 -2010 dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kesatuan setelah selesai pemilihan barisan exco yang baru untuk penggal seterusnya.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin memberi sekalung tahniah kepada barisan kepimpinan baru exco-exco NUJ Utusan Melayu yang diberikan amanah oleh para wartawan, jurugambar serta artis grafik untuk menjadi perantara antara pekerja jawatan berkenaan dengan pihak pengurusan Utusan Melayu (M) Bhd.

Rakan-rakan ahli NUJ Utusan Melayu sekalian,

Pada asasnya, perjuangan NUJ Utusan Melayu adalah sangat ringkas untuk difahami : mempertahankan hak-hak sedia ada sambil memperjuangkan beberapa perkara agar sejajar dengan NUJ cawangan lain di negara ini. Mempertahankan hak-hak sedia ada seperti kos perubatan pekerja, kenaikan gred automatik, kos bersalin pekerja dan lain-lain hak kebajikan yang terbaik di kalangan syarikat-syarikat tempatan. Kita di NUJ Utusan Melayu sangat bertuah kerana banyak hak-hak kebajikan yang dinikmati ini tidak boleh ditandingi oleh mana-mana syarikat termasuk dalam bidang penerbitan atau penyiaran.

Perjuangan pula adalah melibatkan beberapa perkara yang bersifat kontemporari dan berubah mengikut masa seperti kenaikan tahunan yang diputuskan untuk tempoh dua tahun sekali dalam perjanjian bersama (CA), elaun kenderaan serta tuntutan perbatuan dan beberapa elaun lain yang menerima kesan kenaikan di persekitaran tempatan.

Justeru, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pandangan serta pengalaman yang saya lalui selama sekitar 10 bulan sejak saya diberhentikan kerja pada bulan September yang lalu. Sudah tentu, selain menfailkan kes saya di Jabatan Perhubungan Perusahaan bagi mencari sinar keadilan untuk saya dalam kes pembuangan pekerjaan, saya mencari sumber pendapatan baru iaitu kerjaya baru sejajar dengan kelulusan dan pengalaman bekerja saya.

Walaupun belum bertemu jodoh dengan mana-mana syarikat setakat ini dan menyara kehidupan dengan menjadi penulis dan penterjemah bebas, namun saya telah menghadiri tujuh temuduga pekerjaaan dalam pelbagai sektor setelah menghantar puluhan resume bagi meneroka peluang kerja.

Dalam kesemua tujuh temuduga yang saya hadiri, saya diberi kesempatan untuk bertanyakan soal kebajikan pekerja sekiranya saya diambil bekerja di syarikat itu dan dalam masa saya membelek-belek dan menatapi segala jenis kemudahan serta kebajikan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat berpotensi itu, saya mulai sedar bahawa tiada satupun SETANDING dengan kebajikan yang ditawarkan oleh Utusan Melayu (M) Berhad, kecuali beberapa perkara lain yang agak berbeza seperti gaji pokok, elaun tetap kenderaan dan sebagainya.
Justeru, saya berdoa agar Allah Taala dapat membantu saya untuk kembali semula ke Utusan Melayu (M) Berhad sebagai wartawan suatu masa nanti bagi membolehkan saya terus menikmati segala kemudahan dan kebajikan ahli-ahli NUJ Utusan Melayu sedia ada yang saya sifatkan sebagai terbaik.

Bagi membolehkan saya terus menikmati kemudahan serta kebajikan TERBAIK ini, saya sangat-sangat berharap agar barisan exco NUJ Utusan Melayu bagi penggal semasa akan terus BERJUANG serta MEMPERTAHANKAN apa jua hak kebajikan yang diperjuangkan oleh pemimpin NUJ terdahulu.
Semoga ahli-ahli NUJ Utusan Melayu terus bersatu dan menyokong secara padu lagi bersemangat segala usaha-usaha dan ikhtiar barisan exco NUJ Utusan demi memartabatkan kerjaya di Utusan Melayu.
Buat diri saya, cuma mampu berdoa agar mendapat keadilan yang sewajarnya dalam kes pembuangan pekerjaan pada September 2009 yang lalu dan terus menunggu jika sinar keadilan itu ditakdirkan untuk muncul, biar selama mana jua dugaan ini terus menguji dan selama mana boleh bertahan.

Sekian, salam perjuangan dari saya.

Tuesday, March 2, 2010

Genap 6 bulan dibuang kerja Utusan Melayu


Hari ini genaplah 6 bulan saya dibuang kerja sebagai wartawan sejak 3 September 2009 bergelar penganggur. Dalam masa enam bulan ini saya cuba mencari pelbagai kerja tetap walaupun peguam yang mewakili saya menasihatkan saya tidak bekerja tetap kerana ini akan mengganggu kes tuntutan di Mahkamah Perusahaan. Saya perlu mendapatkan pekerjaan kerana ini sangat penting bagi kehidupan berkeluarga dengan anak kecil 2 orang.

Namun, pencarian tersebut belum menampakkan sebarang hasil setakat ini. Saya kini telah menghadiri 5 temuduga namun segala-galanya berakhir dengan saya menerima surat DUKACITA DIMAKLUMLAN......apapun keputusannya, saya tidak boleh berhenti mencari pekerjaan tetap sementara membuat pekerjaan freelance buat masa ini seperti terjemahan, penulisan pendek berita dan rencana untuk mana-mana organisasi dan sebagainya bagi menyara kehidupan yang lebih memeritkan kebelakangan ini.

Episod yang panjang

Berkenaan dengan kes saya untuk ke Mahkamah Perusahaan pula, saya dimaklumkan oleh pegawai di Jabatan Perhubungan Industri di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) bahawa setelah rundingan damai antara saya dengan Utusan Melayu (M) Berhad menemui jalan buntu, maka pegawai berkenaan akan menyerahkan laporan kepada panel di KSM Kuala Lumpur sebelum dipanjangkan ke KSM Putrajaya dan selepas itu ke menteri yang terbabit untuk membuat keputusan sama ada ke mahkamah atau tidak.

Proses ini, katanya, akan mengambil masa yang panjang, episod yang mungkin memakan masa sehingga bertahun-tahun lamanya. Nasihat pegawai berkenaan kepada saya cuma sama seperti tindakan saya selama 6 bulan ini iaitu mencari pekerjaan tetap.

Melangkah ke hadapan

Justeru, apa yang saya boleh buat sekarang ialah berusaha untuk mencari pendapatan tidak mengira apa jua pekerjaannya selagi tidak menyalahi undang-undang. Ada ramai kawan-kawan yang datang menghulurkan bantuan sama ada berunsurkan sumbangan wang ringgit, job atau idea untuk mendapatkan wang. Terima kasih saya ucapkan kepada semua.

Saya minta kawan-kawan doakan saya sepanjang perjalanan ini agar saya tidak rebah di pertengahan jalan dan terus bangkit meneruskan kehidupan ini. InsyaAllah, dengan doa rakan-rakan, saya mampu mengharungi pahit-getir kehidupan ini setelah diuji dengan dugaan yang cukup besar selepas berjuang demi kawan-kawan di Utusan Melayu.

Monday, January 11, 2010

Tahun 2010

Banyak benda sedang bermain di fikiran ku memikirkan tahun 2010 :

1. Harga gula baru naik, apakah minyak pula selepas nie?
2. Apakah DSAI akan didapati bersalah liwat Saipul?
3. Apakah kes aku kena buang kerja boleh dimuktamadkan tahun ini?
4. Apakah aku boleh mendapat pekerjaan baru tahun ini?
5. dan banyak lagi sebenarnya.............

Wednesday, December 2, 2009

Bahana status DIBUANG KERJA


Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah pengalaman mendapat status DIBUANG KERJA serta-merta semasa saya bertugas di Utusan Melayu (M) Bhd. Hari ini genap 3 bulan saya dibuang kerja kerana didapati bersalah dalam DI syarikat atas tuduhan menfitnah pengurusan syarikat dalam laporan MalaysiaKini dan HarakahDaily.

Ekoran status dibuang kerja, setakat ini, saya telah menghadiri 3 temuduga kerja dan semuanya gagal setelah pihak syarikat berkenaan mengetahui saya ini bukan meletakkan jawatan tetapi dibuang kerja. Secara logiknya, mana-mana majikan takut untuk mengambil pekerja yang pernah dibuang kerja kerana status itu secara langsung memberikan kesan negatif atau persepsi serong seolah-oleh pernah melakukan salah laku yang serius.

3 temuduga tersebut belum mengambil kira puluhan surat yang telah dihantar memohon pekerjaan. Namun syukur Allah Taala, rezeki itu ada kerana saya masih boleh survive dengan mendapat job-job kecil freelance seperti mengambil upah menulis, mengarang serta menguruskan PR untuk sebuah koperasi. Walaupun pendapatan itu tidak selumayan seperti bekerja di Utusan dahulu namun dapat juga dijadikan sebagai tambahan untuk perbelanjaan hidup dan keluarga.

Isteri saya yang memahami turut mula menjalankan bisnes menjual kek coklat dan ini setidak-tidaknya mengurangkan bebanan kewangan yang berlaku apabila saya dibuang kerja. Nasib agak baik kerana jualan kek ini agak laris dengan pertolongan kawan-kawan NUJ dan Utusan yang kebanyakannya membeli demi membantu saya. Terima kasih semua.