Thursday, October 1, 2009

Bukan Kerana Tian Chua


Saya bertemu seorang rakan seperjuangan NUJ Utusan semasa majlis berhari raya di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau beritahu saya bahawa ada gerakan di dalam Utusan yang cuba menyakinkan ahli-ahli NUJ dan pekerja Utusan lain bahawa pemecatan saya dari Utusan adalah kerana saya kononnya membawa masuk YB Tian Chua dan YB Abdullah Sani ke premis Utusan Melayu semasa makan makan NUJ beberapa bulan yang lalu.


Ramai ahli-ahli NUJ Utusan percaya hal ini dan mereka bersetuju dengan puak-puak terbabit untuk membenarkan Utusan menghalalkan pembuangan kerja saya dengan berkata : "Tidak apalah Amran kena buang kalau sebabnya ialah dia bawa masuk Tian Chua dalam premis syarikat UMNO, memang patut Amran kena buang kalau macam tue" sekali gus memberi tanggapan bahawa Tian Chua seolah-oleh musuh kepada pekerja Utusan.


Ya, benar mereka hadir dan saya mengaku bahawa kehadiran YB Abdullah Sani adalah diatas jemputan kesatuan yang mana dipersetujui oleh semua exco NUJ Utusan, kita ada minit mesyuarat dan semua ahli boleh lihat kalau mahu. Namun saya ingin tegaskan di sini kehadiran Tian Chua adalah atas dasar SUKARELA, TIDAK MENERIMA JEMPUTAN RASMI NUJ UTUSAN dan MENDAPAT TAHU MENERUSI MALAYSIAKINI. Beliau datang ke majlis NUJ Utusan dan sebagai orang yang tahu dan mengamalkan budi pekerti dan budaya Melayu, saya jemput Tian Chua duduk dan menikmati hidangan bersama VVIP yang lain.


Namun, tiada sebab untuk mana-mana manusia yang ada otak, berakal lagi waras untuk percaya bahawa pembuangan saya ini adalah kerana Tian Chua hadir pada majlis NUJ Utusan di premis Utusan kerana :



  • Tidak salah sama sekali dari aspek undang-undang untuk NUJ Utusan menjemput mana-mana pemimpin sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang untuk hadir pada majlis kelolaannya.

  • Surat tunjuk sebab yang menjadi langkah pertama syarikat ke arah pembuangan saya telah dikeluarkan banyak hari sebelum majlis makan malam itu, jadi memang jelas syarikat mahu tindakan diambil sebelum kehadiran Tian Chua pun.

  • Utusan memang milik UMNO tetapi suku daripada 30 pemegang saham Utusan yang paling utama adalah pelabur berbangsa Cina, so apa salah seorang pemimpin berbangsa Cina dalam ke premis Utusan (lihat laporan tahunan Utusan untuk senarai pelabur Cina)

  • Pembuangan saya adalah secara jelas kerana tuduhan fitnah pengurusan syarikat atas sebab laporan NUJ Utusan ke SPRM yang diterbitkan oleh Malaysiakini dan bukannya kerana membawa masuk Tian Chua ke premis Utusan Melayu.


Berdasarkan sebab-sebab di atas, maka jelaslah pembuangan saya bukan kerana Tian Chua sebaliknya tuduhan fitnah yang dilemparkan ke atas saya, saya minta ahli-ahli fikir secara rasional dan menerima kebenaran ini, jangan terpengaruh dengan bos atau pihak yang cuba sebarkan cerita palsu@karut sebegini kerana pemecatan saya boleh mengundang kepada kehilangan hak sedia ada untuk pekerja-pekerja Utusan di Jabatan Pengarang.


Tolong terima kebenaran ini dan sedarlah bahawa kalau kita terus nganga, maka kita akan rugi selama-lamanya.......